Bismillahhirrahmanirrahim..
sekejab je kan mase berlalu..arinie dah ari rabu..iskk..so jom kite ceriakan pagi nie dengan layan video sami yusuf...suke sangat lagu nie...jom layannn...from sami yusuf. - Asma Allah..
Wednesday, April 4, 2012
Tuesday, April 3, 2012
I'm Back..
Bismillahirrahmanirrahim..
Ermm..malam nie tiber2 aku teringat n rindu kat blog aku nie..dah lame tak di update rupenyer..lately nie mase aku memang banyak dihabiskan bersama my second hero..sape lagi kalo bukan Muhammad Irsyad Danish..ermm...tak berkesempatan lagi aku nak wat entri khas tuk Irsyad nie..Insya Allah jika ada kesempatan aku buat nanti yer..
Actually now aku kat kampung halaman..only aku n irsyad..My hubby n Irfan still kat KL lagi..mereka akan pulang ari khamis nie..untuk pengetahuan korang..aku kat kampung nie coz nak bantu mak abah dalam menyiapkan persiapan perkahwinan adik bongsu aku pada ari sabtu nie 7 April 2012..alang-alang aku masih bercuti bersalin lagikan..so aku balik la kampung..bantu ape yang patut..arini memang amat penat sekali...mane taknyer..sesi mengemas umah ..then mop lantai..penat..memang penat..kemas punye pasal..sampai aku lupe yang aku nie masih lagi dalam pantang untuk kerja2 berat nie..tengah2 dok kemas..tiber2 tempat operation aritue rase sakit pulak..huhuh..sakit dow..then aku just wat keje yang simple n senang je..abah aku pun dah pesan.."jangan pakse diri tuk buat keje yang aku takleh wat"..abah pesan lagi.." jangan wat keje berat2..ko tue masih baru lagi dari operate aritue"..huhu.. now aku still ade rase sakit2 kat bahagian perut aku nie..cam pedih2 pun ade..hope tak sakit lagi dah pas nie..aku mesti kena ikut cakap abah tuk more careful bile mengemas n yang penting jangan pakse diri if tak bole nak buat..
jam pun dah kul 11.46 malam nie..mate aku pun dah mengantuk..Irsyad pun dah lena pas menyusu tadi..so sampai sini jelah entri aku tuk arinie..nnti de mase aku update lagi k.. gud nite..assalamualaikum..
Saturday, February 4, 2012
Pagi Yang Hening..
Assalamualaikum..
Rindunyer nak mencoret nukilan kat my luvly blog nie..ah..dah berbulan rasenyer blog aku nie tak di update..sepanjang 9 bulan mengandungkan baby kedua kami..aku rase memang malas betul nak berblog..penat..letih..takde mood je memanjang..now Alhamdulillah..aku telah pun selamat melahirkan anak kedua kami..oklah...nanti aku buat entri khas pasal my second baby k..but now..yg aku aku cite nie..skang nie..aku baru je sudah menyusukan Irsyad..dye memang berjage pagi-pagi buta camnie..itulah salah satu dugaan dan pengorbanan seorang ibu.. wink..wink..
Dengan keheningan pagi nie..aku rase tenang je..rase cam dunia nie sepi tanpa bunyi anasir2 yang menganggu otak kepale aku...memang pagi2 buta camnie sungguh menenangkan..patutlah kita di galakkan melakukan sunat tahajjud di waktu2 begini..dengan ketenangan dan keheningan pagi nie..akan menambahkan lagi kekusyukkan kite dalam solat sunat tahajjud dan bermunajat kepada Allah S.W.T..
Alhamdulillah..Irsyad pun dah tido kembali..so aku pun nak sambung tido..coz subuh nnti Irsyad akan mengejutkan aku lagi tuk sesi menyusu..aku perlu sentiasa sihat dan ceria untuk memastikan sesi penyusuan bersama Irsyad dapat dilakukan dengan baik dan yg penting sekali Irsyad kenyang..Insya Allah.. so nite.. :)

Wednesday, October 19, 2011
Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung..
Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.
Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
-Artikel iluvislam.com

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak???
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
- Artikel iluvislam.com

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak!
Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim. Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa? Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.
Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.
Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.
Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.
Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.
Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.
01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..
11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..
13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.
Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga
sumber dari : http://www.iluvislam.com/ @ discover the beauty of Islam..
Thursday, June 16, 2011
First Time???
ahh..hari nie sungguh menyeronokkan + memenatkan gak..huhu..actually 19 Jun 2011 nie aku nye jabatan akan adakan family day..so aku as one of urusetia tuk ajk cenderahati ..so tadi dalam kul 9 lebih kami kuar tuk pie beli hadiah2 sukaneka dan sebagainye.. so kami semua pie beli barang kat mydin USJ..siyes dow..tue first time aku pie sane..huhhu..best gak pie sane tadi..yang bestnye barang2 kat mydin korang pun tau memang murah kan.. sambil menyelam minum airkan..ape lagi..sambil2 beli barang adiah tue..sempat gak la aku beli barang2 personalee..
jalan punye jalan...2 jam gak ah kami semua beli belah kat sane..dalam keadaan aku skang yang mengandung nie..ponat gak den..tapi sebab seronok leh kuar waktu pejabat kan..yelah..kalo tak keje aku memang duk kat ofis jelah..bowink dow..so dapat la aku pie cuci mate sambil memenatkan diri..huhu..now barang2 adiah dah beli..so next step is wrapping ah..ape lagi kan..aktiviti wrapping nie adalah agenda tuk esok..wah..seronoknnye berehat sebentar dari keje2 ofis nie..so pasni pasti aku akan ajak en.cinta hati pie mydin USJ tue....
klah..skang waktu lunch..aku nak beristirehat jab...penat berjalan tadi..chow...:)
Friday, June 10, 2011
3 tahun dah???
skang nie aku rase sekejab je berlalu kan..actually 07 Jun 2011 aritue genap 3 tahun ulang tahun perkahwinan aku n en. hubby..alhamdulillah dengan izin Allah, kami masih melayari bahtera rumahtangga bersama dan berdoa agar kami kekal bahagia hingga akhir hayat..irfan darwisy pun dah 2 tahun skang..aku happy dan bersyukur sangat dengan semua yang berlaku sepanjang perjalanan hidup kami sebagai suami isteri.. gado2 manje tue biase la kan..kalo tak gado2 takde la scene pujuk memujuk ..boring la nnti....alhamdulillah semuanya masih lagi dalam keadaan yang baik..biase la kan..gado2 manje nie actually just nak perhatian ...heheh..i like..
so ..on our anniversary aritue..kami just have dinner kat Seoul Garden, IOI mall...aku memang suke giler makan kat situ..rase cam orang korea lak..heheh....dah ah skang nie memang tengah dok giler layan cite korea..ah..semoga muke anak aku cute or handsome cam orang korea..amin.. :) then after have our dinner, hubby belikan hadiah tuk aku..yeahh..happy sangat..hubby hadiahkan perfume hugo boss..i like..n tuk hubby..aku bagi hadiah paling bermakne..ape lagi kalo bukan our second baby.. :) heheh..thanks honey...love2 u so much.. bb berdoa agar rumahtangga yang kite bina bersama nie akan kekal sejahtera, sihat, bahagia hingga akhir hayat nie di samping anak2 tercinta..amin..
KL Gangster terbaekk der!!!
Salam Jumaat..semalam kan first tayangan KL Gangster kat seluruh pawagam ...memang sambutan dye memberangsang n terangsang dow..hahah..korang bayangkan..semalam...adik aku pie alamanda Putrajaya dalam kul 2 petang lebih tuk beli tiket..n begitu mengujakan biler adik aku dah smpai kat kaunter then dak yg jage kaunter tu gtau..semua tayangan tuk hari khamis tue dah full ok...adik aku kate memang ramai giler orang kat cinema tue..huk2..aku mase tue cam hampe dah..then disebabkan en. hubby aku nak tengok sangat cite nie..coz dye kate..dari pembacaan dye kat internet..semua yg dah tgk cite nie masa pra tonton bagi pujian 4.5 or 5 star beb tuk cite KL Gangster nie..so lagi la bersemangat kan nak tengok..
so..4.30 petang aku balik kije..adik aku datang amik n kami pun pie la sunway pyramid.. memang dengan harapan semoga ade tiket lagi..mase sampai tue..memang leh tahan gak la panjang line nak beratur beli tiket tue..sib baik adik aku dpt menyelit2 kat couple2 yang dok bercintan-cintun sambil tunggu turn tue..so dapatla line up depan skit..n finally when kat kaunter memang tinggal few je..nak beli seat 3 orang sebelah menyebelah tak dpt... so aku n hubby n adik aku din kena separate ..din duk kat line belakang kami..tak kisah la kan..yang penting dapat tiket..
so bile dah tgk cite nie..aku rase cite nie memang best..aku bagi 5 star beb...bangga anak melayu dapat menghasilkan kualiti cite camtue..even kite still tak leh nak setanding cite mat salleh..tapi kite patut bangga..memang takde babak2 romantika nie..penuh ngan aksi je..baru la best tgk..nak2 pulak watak zizan @ abg long dil..memang penyeri cite..setiap babak yang zizan kuar..memang gelak satu panggung dibuatnye...aku suke..hehehe.. then watak malek pun memang sesuai sangat aron aziz..macho n cool ah watak dye..aku suke..then watak dye pun jadi anak yang sayangkan family lak tue..memang touching dow..bak kate tagline jambu..muke legend..hati kiut..heheh..
lagi watak yang aku suke n puji watak si ajib..memang true frens derr... the way pembawakan watak dye memang sempoi..even dye kurus kering..tapi sesuai ah dye pegang watak tue..memek muke n cara percakapan dye memang stylo ah..n last sekali watak si shark tue..muke si syamsul yusoff tue dah la memang muke ala2 belagak kan..memang sesuai ah dye bawak watak jahat tue cume cam kurang skit dari segi penghayatan watak n the way dye bercakap..bagi aku de nampak cam kaku skit la..tak cool sangat..aper2 pun conclusion yang aku leh bagi cite nie memang best n tak rugi kalo pie tengok..aku rase cite nie leh kaut RM 10 juta kalo sambutan camnie berterusan..memang aku respect la pengarah muda n berbakat cam syamsul yusoff nie..so pasnie aku rase aku akan tertarik ke panggung lagi tuk menonton cite2 hasil arahan dye.. terbaik dow... :)
Friday, June 3, 2011
arinie nak balik kampung halamanku..
arinie kan ari jumaat..so cam biase la..break for lunch memang panjang ooo...dari 12.15 t.hari smpailahhh kul 2.45 petang....memang syookk...leh rest n wat aper2 yang patut cam layan cite korea, main sudoku or tido..zzzz... but hari nie aku just dapat layan cite korea n then pie tgk demo wat roti n kuih muih menggunakan mesin khas..aku sempat tgk makanan tue dah masak je..huhu..tapi dari penceritaan mereka..memang mudah la keje membuat kuih cam kuih tart or kuih semperit..huhu..mudah memang mudah tapi hergenye tak mudah bagi aku..huhu....RM1000.00 maaaa...huhu..tapi mereka bagi wat installment 5 kali..means sebulan RM200 jelah.. tapi bagi aku yang jarang2 wat kuih nie..n apetah lagi ngan keadaan aku skang..better tak payah beli la kan..so far ramai gak yang beli..huhuhhu..
berbalik pade cite aku tadi..so Insya Allah pas balik keje nie ..aku sefamily nak balik kampung halaman ku di Melaka..maybe if Afnan, anak abg aku still ade kat hospital besar Melaka, so kami akan singgah dulu melawat afnan..afnan baru je operation ..dye kena angin pasang..penyakit yang hanye menyerang lelaki...hope semuanya selamat.. after that, then baru aku balik kampung ... arinie kena smpai kampung before kul 10 malam coz nak tengok Maharaja Lawak beb..mane boleh miss oo..yang tinggal skang nie peserta2 yang best nye..so harus tengok.. Tengah best2 aku menaip nie..bunyi udah mesin punch card nie..tue menunjukkan dah kul 2.45 petang..so aku nak sambung wat keje di ofis nie dengan berhemah..daaaa..
Orang baru???
rindu rasenye nak update kat blog kesayanganku nie..alhamdulillah ade sedikit mase tuk aku catitkan sesuatu kat cini..huk..huk..31 Mei 2011 , selasa aritue..satu berita gembira telah aku terima..semuanya berlaku tanpa dirancang..Alhamdulillah rezeki dari Allah..dari pagi isnin tue aku dah rase cam tak sedap badan..then lunch time aku pie klinik ngan hubby aku..when jumpe doc n cite ape yg aku rase..doc kate perut aku kembung..angin gastrik katenye..so aku takde la pikir lebih2 kan..then aku gtau la kitaran haid aku camne lak when dah behenti makan ubat perancang tue..n sekali lagi doc kate ade 2 kemungkinan iaitu perubahan hormon coz aku baru henti makan ubat n kedua maybe aku pregnant..tapi mase tue siyes tak terdetik pun nak wat ujian UPT tue.. so mase tue aku terima jelah ape yang doctor kate..
then malam tue aku cam de terpikir lak nak wat ujian UPT tue sendiri kat umah keesokkan pagi nnti..so pagi selase tue nak pi mandi n siap2 nak pie keje..aku pun wat la UPT n aku cam tak caye je when result ujian tue ade 2 line..happy pun ade gak..heheh..so pas mandi tue..aku terus pie kejutkan hubby n suh dye tengok result..en. hubby aku senyum je n say alhamdulillah..aku happy n dalam mase yg same cam tak caye..yelah..coz dari pengalaman mereka2 yang penah ambil ubat perancang..mereka kate take times gak nak pregnant coz 2-3 bulan tuk ubat tue betul2 clear dari badan kite.. tapi tue la kan ..semuanya ketentuan Allah..aku baru je berhenti makan ubat dalam bulan April..then akhir bulan Mei nie aku dikurniakan rezeki tuk mengandung..Alhamdulillah....
kat ofis..aku still pikir betul ke aku preggy nie..ermm..then aku n hubby decided jumpe doctor tuk confirmation after aku balik kije..huhuhu..then when jumpe doctor n explain everything..doctor pun mintak aku wat UPT sekali lagi..then after dpt result..Doctor cakap..confirm n tahniah...aku n hubby mase tue senyum n say Alhamdulillah..mase tue byk benda yang terlintas kat pale otak aku..n wat mase nie doctor tak leh nak sure kan bile due date aku coz aku lupe tarikh last aku period tuk bulan Mac n lagi satu coz aku baru behenti makan ubat...so doctor suh 2 minggu lagi wat ultra sound..ermm..tak sabar rasenye aku nak tunggu tuk wat ultra sound tue tuk tengok orang baru dalam perut aku nie..huhu..semoga segalanya dipermudahkan oleh -Nya..
now bermulakan lembaran baru dalam hidup aku sefamily dalam persiapan menanti orang baru dalam hidup kami..aku n hubby bagi tau Irfan yang dye nak dapat adik..when kami tanye Irfan adik kat mane..then Irfan jawab..dalam..dalam.. comel je irfan jawab camtue....heheeh.. tuk yang second nie..Aku dan hubby berdoa agar dikurniakan baby gurl..kami hanye berdoa..tapi kalo Allah kurniakan kami baby boy..kami redha..yang penting baby nie sihat dan sempurna sifatnya..so doakan la semuanya selamat ye..amin..
Friday, May 20, 2011
Congratulation my lil' Sis on your Convocation Day!!!
semalam..byk event yang happen ..ermm..seronok sangat dapat berkumpul ngan adik beradik ku tuk meraikan konvokesyen adik aku Raidah kat Uitm Shah Alam.. dah lame rasenye aku attend konvo..teringat zaman dolu2..hik..hik..ah..bestnye moments mase konvo kan..nak konvo..nak konvo..ermm..bile la agaknye nak konvo lagi nie..huk2..malah dah lame giler aku tak jejakkan kaki ke Uitm Dihati ku nie..memang makin cantik la Uitm skang..heheh.. dewan konvo pun dah lain..cantik tul dewan tue..Dewan Agong rase namenye.. dekat ngan stadium Uitm..wah..amat mengkagumkan..sayang Uitm..
tapi yang tak bestnye ...gile lame majlis konvokesyen nie..mau kul 5 lebih baru abis..dah la start awal dalam kul 12 lebih..mase aku dulu konvo..kul 2 baru start..then kul 4 lebih dah abis..kesian family2 yang tunggu kat luar dewan..mau jenuh menunggu..dah la cuaca agak panas kan..memang bising la dengar tangisan anak2 kecil yang maybe dah bosan n panas duk kat luar tue..tapi sebab kan happy ngan anak or adik, or isteri, suami, sedara nye konvo..so mereka masih bertahan tuk tunggu majlis nie hingga habis..camtue lak gak happen kat family aku nie ha..oohh...sangat menghiburkan.. selain konvo adik..semalam gak birthday abg aku yang no 2 tapi anak yang no 3..aku panggil ude ler.. pas habis majlis konvo adik..kami semua pie masjid Shah Alam tuk solat n rest jab..kami sempat berkelah kat bawah pokok area parking kete kat situ untuk melantak makanan yang mak aku bawak dari kampung.. ah..heaven tul dapat makan ketupat + rendang + sambal ikan bilis..perghhh..memang marvelous..then minum ngan air sirap..ahh..memang syookkkk...
pas bersantai tue..kami semua continue pie solat maghrib..mase kami bersantai tue..mak n abah pie ikut adik aku n tunang dye pie ambil gambar studio kat Intekma ..yelah..konvo kan..mesti la nak simpan memory dalam gambar yang cantik n segak ..pas semua dah selesai solat maghrib..kami berkumpul depan masjid tue sementara tunggu mak n abah wat solat jamak..then azrul n adik aku din mintak diri dulu coz mereka ade appointment ngan client kul 9 malam..so aku tumpang kete alang n balik ngan dye nnti..yelah..umah kami nie dekat je..tak smpai 5 minit dah sampai..so after azrul n din salam2 ngan semua..kami pun bergerak ke kedai makan Ulik Mayang kat seksyen 7..adik n tunang dye belanje makan..alhamdulillah..rezeki.. heheh..dalam sejam gak la kami kat kedai makan tue..
ahh..perut pun dah kenyang..so dalam kul 9 lebih kami semua gerak balik..dah le mase tue ujan renyai2 gitu..sayu je hati nak berpisah ngan mak abah yang nak balik melaka..dalam sayu2 tue..mate nie memang dah start mengantok..yelah..perut dah kenyang kan..tengok anak along si Amrin tu..teringat kat irfan..irfan aku tak bawak sekali ke sane coz yelah..cuaca n keadaan kat sane tue dengan ramai orang..mau irfan akan mengamok punyer..huhu..so otw balik tue aku sempat gak terlelap jab.. dalam kul 10 lebih sampai kat taska irfan ..irfan still tak tido lagi mase tue..windu nye kat irfan...sejuk ati when irfan senyum bile nampak aku datang nak amik dyer..
sampai2 je umah..aku terus wat susu irfan..n aku pun siap2 kan diri tuk tido..memang penat n mengantok yang teramat sangat k..aper2 pun , semalam memang best..tuk adikku Raidah..congrate ye dah konvo n thanks belanje semalam..kalo de mase ...belanje la lagi..heheh..
Thursday, May 19, 2011
17 Mei 2011 Aritue Hari Jadi My Mom..
pagi nie aku de mood tuk coret2 kat blog nie..actually 17 Mei 2011 aritue bezday my mom yang ke 61 tahun..happy birthday mak...love you much2..muackss... aritue just sempat wish tru phone je.. coz my mom kat Melaka ..ermm...aku wish mase tue dalam kul 10 pagi....mak aku selambe je sound..dah kul 10..baru nak wish ker..hik..hik..hik..terpanah aku di situ.. aku gelak je la..nak kate ape lagi kan..nak2 aritue kan cuti wesak..tue yang bangun pun lambat.. n menyebabkan aku lambat nak recall any event on that day..ermm..mak..sowi....bukan sengaje wish lambat..memang ingat punye bezday mak..cume keadaan mase tue je tak mengizinkan org wish awal pagi..
bile dah jadi ibu nie..baru aku makin sedar akan besarnye tanggungjawab seorang ibu ..mane taknye..bayangkan..kite yang penat2 balik keje kan..then kat umah..anak kite lak wat perangai..kenkadang memang ilang sabar gak..tapi bile fikir secara rasional..camtue lak..mak aku bole besar kan kami 8 adik beradik nie dengan susah payah dulu..tak kan aku tak bole nak sabar dengan perangai anak aku yang baru sorang nie..kali 8 beradik..lagi la banyak ragamnye kan..huh...memang benar bagai di kate kan.. ibu bole jage berapa ramai pun anak yang dia ade..tapi tak semua anak bole jage seorang ibu.. mak..i love u much2 la.. jab lagi..Insya Allah leh jumpe mak n ayah aku..mereka datang shah alam.. so leh peluk cium my mom..best3..
| Mak + Abah Tersayang.. |
Thursday, May 12, 2011
Welcome back..
Assalamualaikum... ahhhh...dah lame giler aku tak menulis kat blog kesayanganku nie..ermm..Bulan April aritue memang banyak sangat aktiviti dan aku memang bz giler la..tapi takde la sampai giler kan..huk3..ermm..aku baru de mood tuk berblogging semula nie..so..aku akan update semua aktiviti yang dah happen sepanjang aku tak berblogging nie k..so..anyway..welcome back n cayok!!!!!
Tuesday, April 12, 2011
Telatahmu Mempersona...
Alhamdulillah..anak aku Irfan Darwisy dah sihat dari demam n muntah2 aritue..jumaat petang baru discharged dari Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi..3 malam gak la kami bercuti kat sane..memang ade hikmah pada setiap kejadian kan..hubby pun kate memang rest betul mase kat Az-Zahrah tue..kalo tak..ke hulu ke hilir bekerja..appointment sana sini kan.. itulah kehidupan...apepun yg penting anakande kesayanganku dah sihat..dalam kul 4 leibh gak kami gerak balik.. bile smpai je kat umah..Irfan Darwisy punye excited dapat balik umah memang lucu betul la..mane tak nye..dye bole lari satu rumah sambil ketawe n senyum sentiase..then memang tak duduk diam.. agaknye dye lepas geram 3 hari duk senyap je kat hospital tue..heheeh..
Gembira hati aku as a mother when Irfan Darwisy back to normal..telatah n senyuman dye amat membahagiakan..seronok sangat melayan karenah dye yang sometimes bole menimbulkan kemarahan gak kan..tapi memang aku kalah lah ngan senyuman n telatah dye..bayangkan when Irfan wat salah n aku marah dye..then automatic dye akan senyum n cakap....luk..luk..luk... ( peluk ) sambil melapangkan tangan n dada nye tuk di peluk..eee...comey sgt..ilang terus rase marah tadi..indah kan perasaan seorang ibu nie..Syukur sangat aku dikurniakan Irfan Darwisy dalam hidup kami.. now Irfan suke sangat ajuk last word yang kami cakap..comeyy...tak sabar rasenye nak tgk progress irfan tuk bercakap..this coming May Irfan akan genap 2 tahun..rase sekejab je mase berlalu .. syukran..syukran.. Irfan Darwisy..Ibu n ayah sayang sangat same kamu tau..Jadilah anak yang soleh n berjaya di dunia dan di akhirat..amin..
Thursday, April 7, 2011
Irfan Darwisy Still Admitted @ Az-Zahrah, Bangi
Assalamualaikum semua.. dah lame gak aku tak update mylove nie..dari weekend aritue aku memang bz ditambah lagi ngan kesihatan irfan yang tak mengizinkan..dari sabtu arituedye dah demam..then hari isnin aku terpakse amik cuti segera coz irfan still demam..then alhamdulillah selase pagi tue dye dah ok..so aku pie la ofis.. but dalam hampir kul 4 dak nursery irfan sms gtau irfan muntah2..banyak lak tue katenye..then badan dye still panas even dah bagi makan ubat n mandi kan dyer..so aku ape lagi la kan..hati tak tenang la..terus call en.cinta hati n suh dye pie terus amik irfan n bawak pie az-zahrah..sementara tue..aku tunggu 4.30 ptg n balik ngan my sis..kalo nak tunggu en.cinta hati datang amik aku dulu n baru bawak irfan pie hospital..kul 6 la jawabnye kan baru smpai hospital..
dlm kul 5 lebih en.cinta hati call gtau irfan muntah teruk dalam kete..now dye dah de kat az-zahrah n irfan kena drip..badan dye lemah..yelah ..penat muntah kan..kite yang dewase nie pun kalo muntah..rase penat giler..nie kan budak yang tak smpai 2 tahun..habis baju en. cinta hati penuh ngan muntah..aku call adik aku tolong terus pie az-zahrah n if irfan kena admitted so dye terus amik aku kat umah n bawak aku pie sane..
Otw aku balik keje lak..ujan mak aii..lebat giler..jem pulok..memang dugaan tol la...aku dah ah dok risau giler ngan condition irfan..aku smapi umah dlm kul 6..kemas2 baju n barang2 tuk bawak ke hospital..aku smpai kat az-zahrah dlm kul 7..then en.cinta hati suh tapau makanan..lapar..so dalam 7.30 aku dah de kat bilik..tengok irfan terbaring je..penat irfan tak ilang lagi..dah la kena berperang mase doktor nak pasang jarum kat tangan dye..kuat betul kudrat irfan darwisy nie..sampai lenguh doktor tue menahan tangan dye dlm proses nak pasang drip tue..irfan tak mau langsung makan n minum..risau giler aku tengok dye..
now..dah masuk hari ketiga aku kat cini..kalo ikutkan perkembangan semalam..doktor kate dah leh kuar pagi nie..tapi tiber2 pagi nie suhu irfan naik till 38.5 tue...terus kena bagi ubat montot..then tak dapat la balik pagi nie..doktor kate tgk esok camne..hope dah ok la esok..kahak dye pun dah kurang..irfan pun dah leh makan n minum cam biase..so tolong ye doakan irfan darwisy cepat sembuh..semoga doa kite diberkati n diterima Allah..amin..
Sunday, April 3, 2011
Tahniah Zizan Menang Artis Lelaki Komedi Popular...
aku memang minat giler kat zizan raja lawak nie weiiii..finally dye memang tuk artis lelaki komedi popular ABPBH 2010..bestnye..congrate..hehe..ah..pasnie semoga zizan akan terus maju n lawak lebih lagi..pasnie nak terus menyokong zizan n johan @ JOZAN dalam Maharaja Lawak lak..cayok!!!
Wednesday, March 30, 2011
Kek Lapis..Kek lapis..
huhu...aku memang suke giler makan kek lapis sarawak...now aku tengah melapis2 lapis kek lapis coklat cheese..resepi dari awek adik aku cha..ermm..sementara menunggu setiap lapisan kek nie masak..so aku dah sempat mengemas semua bahan2 wat kek tadi..pastue aku dah siap iron baju tuk nak pakai esok..n finally aku update blog kesayangan aku nie..dah lame aku tak update kan..huhu..klah nak sambung melapis-lapis sambil layan cite my girl nie.. cayok!!!!
Wednesday, March 23, 2011
Nak Hidup Bahagia Tak???
Alhamdulillah ...baru pas lunch ayam goreng berempah + sayur kacang panjang..nyum..nyum..sooodaaappp... actually aku nak share ngan korang semua ape yang aku dapat dari email kat ofis pagi nie..member main forward2 kan..biase la tue..yang berguna kite jadikan panduan kan..when aku bace email nie..then aku rase memang betul pun statement yang di bagi tue.. dari 6 prinsip tue..yang no. 4 paling aku suke..mendalam maksudnye tue...so jom kite cube pahami dan hayati perkara nie..
6 PRINSIPLES OF LIFE
1. No Point using limited life to chase unlimited money.
2. No point earning so much money you cannot live to spend it.
3. Money is not yours until your spend it.
4. When you are young, you use your health to chase your wealth, when you are old, you use your wealth to buy back your health. Difference is that, it is too late.
5. How happy a man is, is not how much he has but how little he needs.
6. No point working so hard to provide for the people you have no time to spend with.
SO FIKIR-FIKIRKAN ....DAN SELAMAT BERAMAL...
Keputusan SPM Diumum Hari Nie...
dup..dap..dup ..dap....mesti student2 yang tengah tunggu result SPM makin cuak hari nie kan..mane tak nye..Keputusan SPM diumum hari nie..so confirm malam tadi mereka tido tak lena..dok pikir ape la result aku ..hehe..aku dah alami pengalaman nie 8 tahun lepas..mase tue mak aoii..Allah je yang tau betape cuak nye aku nak pie amik result..terlalu byk aku pikir..memang malam tue aku tido tak lena giler la.. so pade adik2 yang amik result hari nie..All the Best yer..just nak pesan...berjaya dapat result cemerlang SPM tak menjanjikan kite tuk dapat result yang cemerlang mase kat universiti nnti kalo kite tak terus berusaha..yang penting kite terus fokus dan tahu hala tuju n cita2 kite tuk berjaya k..
ermmm...pas nie sekolah menengah dah jadi kenangan tuk mereka...bagi aku kenangan mase kat sekolah menengah memang terbaikkkkk la..seronok sangat bile ingat2 memori tue..heheh..next step dye pe lagi..pie study kat Universiti la..tak pun kolej2 swasta..ah..teringat pulak kat zaman mase belajo kat Universiti....ah..terus aku terngiang2 lak lagu ogy yg dalam cite ali setan tue.. so jom kite layan lirik lagu tue..
Wajah Rahsia Hati
Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati
Subscribe to:
Posts (Atom)